tiba masa untuk aku pergi menghilangkan diri dari dunia realiti dan penuh dengan fantasi ini. aku perlu mengorak langkah bagi membaiki diri yang penuh dengan cacat cela ini. ya. maaf. bukan aku tidak mahu berkawan dengan kalian. dan kalian merupakan kawan yang amat baik yang sentiasa berada di belakang ku walau aku boleh membawa bebannya. tapi. hakikat hidup. bagaikan roda. dan aku sedang mengharungi likuliku kehidupan untuk berada bukan di atas. aku berada di pukul 6 jika dilihat pada jam. berada di tingkat satu jika dilihat pada bangunan. berada di kaki gunung jika dibandingkan dengna gunung kinabalu. berada di bawah dan cuba untuk mendaki sedikit demi sedikit agar dapat sampai ke puncak. bukan aku tidak mahu bersama kalian. tapi aku perlu membawa diri. jauhjauhjauh dari sini. selepas beberapa tahun berada di persekitaran tanpa ada faham atau fikiran jantina lain. aku cuba mengubah persekitaran itu namun, aku terlewat. kelewatan itu berpunca dari diriku sendiri. aku fikir aku sudah berjaya. sedangkan ini satu kegagalan. tapi kegagalan ini aku harap menjadi titi permulaan untuk sebuah kejayaan. maaf. satu kali lagi maaf. memang, aku tidak bertuah untuk berada di dalam perhubungan. aku cuba untuk bersama namun aku akan menyalahkan diri aku kerana tidak berjaya memperolehinya. dan aku harap pemergian ini akan terus mendatangkan kebaikan kepada kalian sebagaimana yang kalian sering ada tanpaku. 1 tahun lagi untuk aku mempersiapkan diri sebelum mata ku dibuka luas untuk berlawanan dengan arus pemodenan dan segalanya di dunia ini. satu pemergian bagi satu permulaan yang baru. sekali lagi maaf.
No comments:
Post a Comment