Thursday, December 10, 2009

20 hari

yeah.aku baru terfikr yang aku sedang menuju ke pintu gerbang terakhir sepanjang alam persekolahanku. pintu yang penuh cabaran, suka duka, dan diakhiri dengan dugaan. 3 minggu saja lagi sebelum aku diseru untuk ke seremban.
"weh, next year form 5 doe!"
ayat yang sering diluahkan oleh budak batch aku selepas exam. masa. begitu cepat kau berlalu. pejamcelikpejamcelik masuk tahun ke 5 aku di SDAR. aku masih ingat lagi ketika di marahi oleh F5 kami. batch 02'6 yang berjaya mendidik batch kami menjadi batch terbaik setakat ini. terima kasih abang-abang. haha. tahun depan, pikul tanggung jawab besar. 3 huruf SPM. yeah, semua orang bercakap mengenai itu. aku admit aku bukan lah budak skema yang sering memegang buku. bukan juga budak genius yang berada di top 10 batch. bukan juga budak rajin yang siap kerja rumahnya. haihh. terok nya aku. itu priority pertama aku. sijilpelajaranmalaysia. sebagai warganegara malaysia. aku akan duduki exam tu. 2nd, jadi pp. yeah. ni usaha nak didik diri aku tuk jadi the future leader (wahh.gile bajet) tapi why not kan? haa, ape salahnya aku nak cuba menjadi orang yang berguna kepada negara. dan tahun depan, dapat adik-adik f1 kami. 10'14 or 0'14. aku pun taktau apa nak panggil diorg next year. n name batch? maybe takde la mcm kitorg. haha. tapi aku harap batch aku dapat buat yang terbaik macam form 5 kami untuk tinggalkan generasi sdar yang hebathebat. gila bangga kan bila cikgu tanya lepas form5.
"lepas 5 tahun di SDAR, apa yang batch korang tinggalkan kat SDAR"
jawapan dari kolar hijau 01'5 "result SPM kami"
jawapan dari kolar ungu 02'6@f5 kitorg "form1 kami, 06'10"
harap batch aku boleh kasi kedua-dua jawapan itu kepada pendidik sdar pada tahun hadapan.
amin :)

No comments:

Post a Comment