Monday, December 28, 2009

salahku.

ternyata tu mmg clearly tanpa kotoran salah aku. yela, aku terlampau bodoh. hm, takpela pengalaman hidup. aku kene lalui gak. aku sedar, aku yang melebihlebih. padahal mereka tak rasa apeape, takperlukan aku pun. em, takpe aku sedar, asal kan mereka bahagia. apa aku buat selama ni dengan harapan mereka bahagia. namun tanggapan ku silap.mmg silap. ternyata status hubungan kami, aku terlalu fikir jauh. sedangkan hakikat yang boleh dilihat dgn mata tanpa pikir pjg mcm jawab soalan addm3. takpe, aku akan perbetulkan. tapi kali ni aku takkan hilangkan diri, aku takkan lari jauh, takkan datang dekat. aku akan jadi aku. mungkin aku terlalu menyibukkan diri dalam hidup mereka kot. maaf kawan.aku bukan sesiapapun.

Sunday, December 20, 2009

kepalaku.

baru aku ingat rupanya sudah tiga kali kepala aku mendapat kemalangan.
kali pertama, di darjah 3/4 waktu pendidikan jasmani. cikgu bawa kelasku pegi taman dpn sekolah. dan disebabkan sifat hasad dengki bercampur ingin bergurau menyebabkan aku jatuh tersembam. taknak kasi pompuan main punya pasal. last2 blank. sedar2 dah habis pj and dah balik sek.
kali kedua. tingkatan 1. pjg ceritanya. hilang akal selama beberapa jam
kali ketiga, tingkatan 4. 1minggu sebelum finals. tidak sedar diri selama 1 hari.
kali keempat, aku harap tiada dah :|

Pengembaraan.

esok, aku akan mula mengarah kaki ini untuk menjejakkan kaki ke istana ilmu tercinta yang diberi nama bersempena dengan Perdana Menteri Kedua. Ye, Dato' Abdul Razak. keputusan yang last min yg telah aku buat dgn harapan "kalau dpt rezeki, tak dpt takpe" memakan diri aku sendiri. aku tidak tau samaada pencalonan yg lain daripada YB-YB yang mencalonkan diri mereka tika pilihan raya ini memberikan impak positif yang boleh mendidik aku. induksi diberi nama bertujuan mendepankan diri aku lagi sebagai aku. tadi, aku berjalanjalan di sebuah taman yang terletak di hadapan istana ilmu ketika peringkat rendah. yeah. aku melihat alam hijau. sedap mata memandang. namun, keblur-an beberapa individu menyebabkan aku terkejut tapi memang disangkakan. aku melihat bangsa yang berkulit putih saja di sini. cetus di hati, diorg saja ka yang ingat kesihatan. hakikatnya tempat ini telah kehilangan ramai bangsaku yang mengambil keputusan untuk keluar dari lembah yang penuh dengan manusia,kereta,maksiat dan semuanya. semua dah lari mencari keamanan di dunia sendiri. dan malam tadi, ibuku memberikan lencana 1Malaysia yang baru diterimanya. Terima Kasih.

semoga 4 hari ini memberi neutron di otak ku bagi memilih jalan sempurna untuk harihari yang akan datang. dan memang kelemahan aku untuk membuat keputusan yang tepat. paradigma ku selalunya salah. titiktolak ini untuk kehidupan akan datang.

Wednesday, December 16, 2009

berlalu.

tiba masa untuk aku pergi menghilangkan diri dari dunia realiti dan penuh dengan fantasi ini. aku perlu mengorak langkah bagi membaiki diri yang penuh dengan cacat cela ini. ya. maaf. bukan aku tidak mahu berkawan dengan kalian. dan kalian merupakan kawan yang amat baik yang sentiasa berada di belakang ku walau aku boleh membawa bebannya. tapi. hakikat hidup. bagaikan roda. dan aku sedang mengharungi likuliku kehidupan untuk berada bukan di atas. aku berada di pukul 6 jika dilihat pada jam. berada di tingkat satu jika dilihat pada bangunan. berada di kaki gunung jika dibandingkan dengna gunung kinabalu. berada di bawah dan cuba untuk mendaki sedikit demi sedikit agar dapat sampai ke puncak. bukan aku tidak mahu bersama kalian. tapi aku perlu membawa diri. jauhjauhjauh dari sini. selepas beberapa tahun berada di persekitaran tanpa ada faham atau fikiran jantina lain. aku cuba mengubah persekitaran itu namun, aku terlewat. kelewatan itu berpunca dari diriku sendiri. aku fikir aku sudah berjaya. sedangkan ini satu kegagalan. tapi kegagalan ini aku harap menjadi titi permulaan untuk sebuah kejayaan. maaf. satu kali lagi maaf. memang, aku tidak bertuah untuk berada di dalam perhubungan. aku cuba untuk bersama namun aku akan menyalahkan diri aku kerana tidak berjaya memperolehinya. dan aku harap pemergian ini akan terus mendatangkan kebaikan kepada kalian sebagaimana yang kalian sering ada tanpaku. 1 tahun lagi untuk aku mempersiapkan diri sebelum mata ku dibuka luas untuk berlawanan dengan arus pemodenan dan segalanya di dunia ini. satu pemergian bagi satu permulaan yang baru. sekali lagi maaf.

Thursday, December 10, 2009

20 hari

yeah.aku baru terfikr yang aku sedang menuju ke pintu gerbang terakhir sepanjang alam persekolahanku. pintu yang penuh cabaran, suka duka, dan diakhiri dengan dugaan. 3 minggu saja lagi sebelum aku diseru untuk ke seremban.
"weh, next year form 5 doe!"
ayat yang sering diluahkan oleh budak batch aku selepas exam. masa. begitu cepat kau berlalu. pejamcelikpejamcelik masuk tahun ke 5 aku di SDAR. aku masih ingat lagi ketika di marahi oleh F5 kami. batch 02'6 yang berjaya mendidik batch kami menjadi batch terbaik setakat ini. terima kasih abang-abang. haha. tahun depan, pikul tanggung jawab besar. 3 huruf SPM. yeah, semua orang bercakap mengenai itu. aku admit aku bukan lah budak skema yang sering memegang buku. bukan juga budak genius yang berada di top 10 batch. bukan juga budak rajin yang siap kerja rumahnya. haihh. terok nya aku. itu priority pertama aku. sijilpelajaranmalaysia. sebagai warganegara malaysia. aku akan duduki exam tu. 2nd, jadi pp. yeah. ni usaha nak didik diri aku tuk jadi the future leader (wahh.gile bajet) tapi why not kan? haa, ape salahnya aku nak cuba menjadi orang yang berguna kepada negara. dan tahun depan, dapat adik-adik f1 kami. 10'14 or 0'14. aku pun taktau apa nak panggil diorg next year. n name batch? maybe takde la mcm kitorg. haha. tapi aku harap batch aku dapat buat yang terbaik macam form 5 kami untuk tinggalkan generasi sdar yang hebathebat. gila bangga kan bila cikgu tanya lepas form5.
"lepas 5 tahun di SDAR, apa yang batch korang tinggalkan kat SDAR"
jawapan dari kolar hijau 01'5 "result SPM kami"
jawapan dari kolar ungu 02'6@f5 kitorg "form1 kami, 06'10"
harap batch aku boleh kasi kedua-dua jawapan itu kepada pendidik sdar pada tahun hadapan.
amin :)

blank

tak tahu mengapa kepala otak ni tak dapat nak cetuskan idea untuk teros memblogging. haiyooo. ketandusan idea.

panggilan untuk kembali menekan butang taip komputer

blog. sekian lama ditinggalkan blog ini tanpa tuannya. aku teringat di awal-awal aku cuba mengaktifkan diri yang terasa malas dan sering online sekadar untuk chat dengan rakan-rakan tanpa menambahkan lagi input yang berguna kepada diriku. sayang sekali aku sudah jauh beda dari diriku yang dahulu. kini. aku cuba untuk menjadi danial yang sebenarnya. maaf rakan-rakan atas pergolakan diri aku yang sering mahu berada di atas dan sedang menerima hakikat untuk berdiri di lapsian terbawah. nantikan diriku. sudah ku buka kunci untuk melihat kembali blog ini dan akan aku luangkan lebih masa bersama teman IT ku ini. harap kalian dapat kembali mendengar lukisan puisi hati KECIL ini.