Friday, May 8, 2009

Rajukan hati hamba-NYa

dulu
aku bukan manusia
namun ku bukan malaikat
yang patuh pada segala perintah-Nya
aku bukan jua syaitan
yang tidak putus-putus asa menggoda hamba-Nya
apa sebenarnya diri aku?
binatang? ku punya akal
pokok? ku punya akal jua
angin? tidak sama sekali
siapakah aku?

aku masih belum mengenal erti manusia
yang sepatutnya menjalankan tugas
khalifah di muka bumi tercinta ini
aku terleka dek keasyikan dunia
terikut-ikut perubahan di benua Eropah
terjerumus dalam persaingan merebut hati wanita
adakah aku sudah jauh menyimpang
dari Siratul Mustaqim?
moga-moga tidak!
sudah lama ku berada di lembah ini
hasrat di hati ingin berubah
seperti matahari yang sering menerangi?
atau bulan yang tak jemu memantulkan cahaya?
oh tidak!
itu bukan aku
yang sering berubah mengikut peredaran waktu

kini
aku baru sedar
syukur, aku sempat sedar
sebelum dipanggil oleh Izrail
aku tak mahu menjadi penghidup api di daput
yang boleh membakar atau memberi bau busuk pada kau
itu bangdingan bagi teman jahat
aku ingin menjadi pembawa kasturi
sama ada ku beri atau kau membeli
akan bau wangi menyeluruh badan
itu barulah teman yang benar
seperti terungkap dalam hadis Nabi
namun masih ada kemusykilan
mampukah aku jaid teman sejati?
penatku tanya diri ini, mungkin tidak!
"Hablumminallah wa hablumminannas"
petikan dari buku Nik Madihah menyedarkan aku!
Tuhan mengurniakannya kecerdikan akal yang tinggi
dibandingkan dengan aku? jauh sama sekali!
namun ku tidak salahkan takdir
tidak salahkan ibu bapa, guru atau siapapun
cerita hidupnya dan cerita hidupku berbeza
tapi perlu ada kesamaan
masa ini, aku nekad menjaga hubungan bersama Tuhanku
Tuhanku! sungguh ganjil, bagaimana bisa sekian lama
aku tergiur, oleh yang bukan Engkau?
kemudian akan ku jadi teman sejati
kepadamu wahai sahabat dan kekasihku
kerja Tuhan, siapa tahu?

p/s: puisi pertama ciptaanku.

1 comment:

  1. salam danial. Wow! do not know that u r into poems. syabas. banyak bakat terpendam rupanya. keep it up yarh.

    p/s..dah bukak braces?

    ReplyDelete