Sunday, March 15, 2009

Jus Oren :)

Petang tadi aku dengan parents ku ke pasar malam TTDI. beli sikit makanan untuk dinner dan buah oren dan epal. Ibuku cakap yang dia mengidam untuk minum jus oren buatanku. dulu masa aku kat rumah masa sekolah rendah, aku selalu buat jus oren/epal untuk diorg. Ermm semalam ibu bapaku hantar abangku ke MMU, Cyberjaya. Dalam perjalanan pulang, ibuku termuntah dalam kereta. Aku berada di rumah ketika itu, dan agak hairan kerna mereka pulang lewat ke rumah. Rupa-rupanya ayahku membawanya ke klinik. Tadi semasa aku masih berada di depan skrin laptop aku teringat akan idaman ibuku itu. Jesteru, aku bangun dan bergegas ke dapur untuk membuatkannya jus oren. Ini kali pertama selepas 3 tahun aku tidak buat jus oren. Kerjaku bermula pukul 10.55 malam. Sudah lama tak buat, susah gak la nak potong2 oren. Tiba-tiba terdengar lagu butterfingers dimainkan di 8tv, aku keluar dan lihat tunang kakak iparku sedang bermain gitar untuk kumpulan itu -Loque. so aku sambung kerja dan masuk dapur. aku blend la oren untuk gelas pertama(bagi ibuku) aku guna sudu plastic McFlurry untuk kacau isi dalam blender tu. Hujung sudu itu terkena mata bilah blender yang sedang berpusing dan pecah! aku terus stop blender tu dan tercari-cari bahagian sudu yang pecah. tak jumpa! so takkan nak kasi ibuku minum air ni kot? terpaksa aku minum dan akhirnya temui juga plastik itu masa minum. agak kurang manis n kurang sedap!.hahahaha. Hmmm tak jadi aku nak buat jus oren berais untukku. Jadi selesai minum yang tu, aku buat gelas kedua untuknya. so nak buat second glass ni agak senang compare tu yang first. n sedap! n aku pun kasi la kat dia. n okay je dia minum :) Kerjaku tamat pukul 11.25(sekejap je an?huhuhuhu)

Mr. AD

2 comments: